Peralihan kuasa yang bakal berlaku dalam kepimpinan Umno yang melibatkan jawatan tertinggi parti itu hanya tinggal empat bulan dari sekarang.
Berikutan itu, Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mempunyai peluang yang sangat ‘cerah’ untuk melangkah ke jawatan paling tinggi sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang keenam.
Kini, parti Umno sedang menghadapi Mesyuarat Pemilihan Umno bahagian di seluruh negara bagi memilih kepimpinan parti di bahagian-bahagian berkenaan.
Justeru itu, berlakulah usaha lobi melobi dan rasuah yang berselindung disebalik nama yang lebih lunak sebagai ‘politik wang’.
Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah berkata dalam Umno hanya pemimpin yang kuat ‘iman’ sahaja boleh menang.
Menurutnya, mana-mana pemimpin Umno yang ingin bertanding dalam pemilihan Majlis Tertinggi Parti atau Ketua Bahagian mesti seseorang yang kuat ‘iman’.
“Betul Mat, kalau hendak menang pemilihan jawatan tertinggi parti atau mana-mana bahagian mesti kena kuat ‘iman’.
“’Iman’ bagi orang Umno adalah ‘duit’..jika tidak ada duit jangan haraplah kamu hendak menang. Sebab itu, mereka (pemimpin) yang bertanding hari ini semua itu mereka yang kuat ‘iman’ belaka,” ujarnya dengan sinis kepada seorang Wartawan ketika Mesyuarat Pemilihan Umno Bahagian Tumpat, Kelantan, baru-baru ini.
Katanya, orang Umno hanya ‘berimankan’ duit dan kerana duit kebenaran serta keikhlasan tidak bernilai lagi.
Difahamkan, rupa-rupanya duit itu merupakan ‘iman’ bagi orang Umno yang melengkapkan lagi dakwaan PAS serta parti-parti pembangkang lain.
0 comments:
Catat Ulasan